Madrasah DarulBayan
Bangunan Baru Sek. Ren. Islam Darul Bayan PDF Print E-mail
Written by وان   
Friday, 08 January 2010 16:25

PAKA, 7 Januari 2010. - Perasmian Bangunan Baru Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) telah diadakan pada hari ini. Sehubungan dengan perasmian tersebut, bangunan baru SRI Darul Bayan ini akan digunakan sebagai tempat pembelajaran untuk sesi persekolahan sesi 2010. Pihak kami mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan pembangunan SRI Darul Bayan Fasa Ke-2 ini. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek pembanguna SRI Darul Bayan.

 
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sek.Men Islam Darul Bayan PDF Print E-mail
Written by وان   
Friday, 08 January 2010 16:00

Alhamdulillah, pada 2 Januari 2010, pendaftaran pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam Darul (SMIDB)  telah di adakan dengan jayanya bertempat di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan. Seramai 24 orang pelajar (13 muslimin 11 muslimat) mendaftarkan diri sebagai pelajar batch sulung SMIDB.

Pihak kami mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua pelajar baru SMIDB ke Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan.

"Berilmu, Beriman, Beramal dan Berjihad"

Last Updated on Friday, 08 January 2010 16:39
 
Kursus Bahasa Arab Sessi ke-2 PDF Print E-mail
Written by SaifulBahri   
Friday, 25 December 2009 11:00

Kursus bahasa Arab sesi ke-2 bersama dengan guru daripada Egypt di Bilik Seminar Darul Bayan pada 11 Januari 2010. Sila tempah segera kerana tempat adalah terhad.

Last Updated on Monday, 28 December 2009 18:14
Read more...
 
Musim Bayar Zakat. Bayarlah melalui kami PDF Print E-mail
Written by SaifulBahri   
Sunday, 27 December 2009 13:15

HUBUNGI KAMI UNTUK MEMBAYAR ZAKAT. PENGECUALIAN INCOME-TAX ADALAH SEPENUHNYA.

RESIT MAJLIS AGAMA AKAN DIKELUARKAN.

Last Updated on Friday, 08 January 2010 15:28
 
TAHNIAH. Semoga Ketemu Lagi PDF Print E-mail
Written by SaifulBahri   
Tuesday, 22 December 2009 11:47

Pihak Madrasah Darul Bayan melalui dua Jabatannya Ma'had Tahfiz Darul Bayan dan Pondok Pinang Merah telah berjaya menganjurkan Kem sempena Cuti Sekolah tahun ini. "Kem Pra Tahfiz" & "Kem Pra Pondok" yang berjalan serentak melibatkan lebih 200 orang pelajar lelaki dan perempuan. Peserta yang datang dari negeri Terengganu bahkan peserta  luar hingga ke lembah Kelang berkumpul di Madrasah Darul Bayan untuk mengikuti module masing-masing.

Last Updated on Saturday, 02 January 2010 14:11
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 4 of 8