Mengenai Kami PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 18 December 2009 07:56

Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan ditubuhkan pada tahun 1414H bersamaan 1992M di Kampung Pinang Merah, 6km dari Bandar Paka, Dungun, Terengganu. Masjid Pinang Merah yang berusia melebihi 100 tahun menjadi pusat pentarbiyyahan utama. Dimulakan dengan pendidikan tradisional iaitu Pondok Pinang Merah dan diteruskan dengan penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan pada tahun 1998. Seterusnya Darul Bayan terus melebarkan sayap perjuangan pendidikan dengan menubuhkan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) pada 2001. Empayar pendidikan Darul Bayan tidak terhenti setakat itu sahaja. Bermula pada 2010, Darul Bayan telah membuka Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB).

Bagi mencari dana dan menguruskan aset Darul Bayan, Darul Bayan Development Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2002. Darul Bayan juga bakal membina Pusat Rekreasi Darul Bayan, Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Darul Bayan dan Perpustakaan Darul Bayan di dalam usaha mewujudkan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah yang sempurna untuk umat Islam.

Jabatan-jabatan di dalam Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan ialah:-

  • Yang Telah Beroperasi
  1. Melebihi 100 tahun: Masjid Pinang Merah
  2. 1414H/1992M: Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah
  3. 1418H/1998M: Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan
  4. 1421M/2001M: Sekolah Rendah Islam Darul Bayan
  5. 1422M/2002M: Darul Bayan Development Sdn. Bhd
  6. 1425M/2004M: Pra Sekolah Darul Bayan
  7. 1430M/2009M: Pusat Bahasa Darul Bayan
  8. 1431M/2010M: Sekolah Menengah Islam Darul Bayan
  • Pembangunan akan datang:
  1. Pusat Rekreasi Darul Bayan
  2. Rumah Anak Yatim Darul Bayan
  3. Perpustakaan Darul Bayan
  4. Bengkel Vokasional Darul Bayan
  5. Taman Rumah Kedai Darul Bayan
Last Updated on Sunday, 07 February 2010 03:10
 

Lain-Lain