Visi & Misi PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 18 December 2009 08:02

VISI

Menjadikan MTIDB sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu.

 

MISI

MTIDB akan berusaha melahirkan generasi Berilmu, Beriman, Beramal Dan Berjihad untuk Agama Islam.

 

MOTTO

Berilmu, Beriman, Beramal dan Berjihad

 

Objektif:

  1. Ke arah melahirkan pusat pembelajaran tradisional dan moden bagi memenuhi tuntutan semasa dan keperluan ummah
  2. Memupuk budaya ilmu dan menghidupkan tradisi islamiyyah bagi persiapan generasi muda dengan bimbingan ulama'
  3. Membentuk dan menghidupkan Biah (persekitaran) Islamiyyah ke arah pengamal Islam yang syumul
  4. Memupuk tali silaturrahim dan menanam sifat bersama bertanggungjawab dalam melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar serta jihad fisabilillah.

 

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Last Updated on Sunday, 07 February 2010 01:33
 

Lain-Lain