Kem Pondok Darul Bayan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 25 February 2011 01:00

Setiap tahun kepercayaan masyarakat kepada Kem Cuti Sekolah anjuran pihak Madrasah Darul Bayan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ia bukan hanya dihadiri oleh anak-anak negeri Terengganu bahkan sehingga ke lembah Klang dan ke negeri selatan tanah-air. Persoalan kami adalah persiapan tempat serta kemampuan kami untuk mengurus kehadiran peserta yang ramai menyebabkan kami terpaksa menolak permintaan menurut kemampuan kami sahaja.

 

Sebahagian dari peserta lelaki bergambar bersama Mudir, Ust Saiful Bahri Mamat & AJK

 

Sebahagian peserta muslimat

Maaf. Gambar peserta Pra Tahfiz tidak disertakan.

Apapun kami mengucap ribuan terimakasih kepada semua ibu-bapa dan peserta yang sudi bertandang ke teratap kami dalam mengutip ilmu-ilmu Islam semoga ianya menjadi bekalan dan kenangan buat anda semua. Ada masa kita bertemu kembali samada di kem Pra Tahfiz atau Kem pra pondok yang mencecah lebih 400 orang pelajar. Terimakasih kepada semua yang terlibat dan membantu menjayakan kem baru-baru ini.

Last Updated on Sunday, 06 March 2011 14:30
 

Lain-Lain