| Rayuan Derma Kompleks Pendidikan SMI Darul Bayan |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 09 March 2011 14:44 |
|
Pembangunan Sek. Men Islam Darul Bayan masih lagi dalam proses pembinaan. Bangunan induk selaku kelas pengajian serta bilik guru, bilik mesyuarat, bilik perpustakaan serta makmal belum siap sepenuhnya. Memandangkan Madrasah darul Bayan adalah institusi SAR (Sekolah Agama Rakyat) yang tidak mendapat peruntukan dari kerajaan walaupun satu sen, maka sudah sewajarnya umat Islam bersama-sama membantu untuk menyiapkan pembangunan sekolah ini.
Kompleks Pendidikan Sek.Men. Islam Darul Bayan
Sekarang inipun pihak kami telah membelanjakan sebanyak 1.2juta ringgit setakat bangunan yang ada sekarang. Kami memerlukan RM300K lagi untuk menyiapkan sepenuhnya berserta prasarana sebagai sebuah sekolah menengah untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Kami juga berusaha untuk memulakan pembinaan ASPURI (Asrama Puteri) yang insyaAllah jika siap dapat menampung 350 pelajar muslimat. Buat masa sekarang mereka mendiami bangunan sementara. Begitu juga bangunan tambahan terhadap ASPURA (Asrama Putera) sebagai tambahan kepada bangunan 2 tingkat yang ada sekarang untuk memuatkan 400 pelajar lelaki. Diharapkan pihak umat Islam dari selruh pelusuk negara maupun dunia Islam dapat membantu demi penyiapkan pembangunan kompleks pendidikan Islam ini secepat yang mungkin. |
| Last Updated on Wednesday, 06 April 2011 07:50 |




